HALAMAN

WSLT

DGT

GM

GM

pb

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

DG

KERABU

Resepi Kerabu Tomato Ikan Bilis

Assalamualaikum..
Kembali bersiaran di pagi Khamis.Pagi ni nampak cam redup jer..nyaman jer..Tak taulah redup hingga ke petang atau panas terik di tengahari hihiiii...Dah ada idea tak nak masak apa tengahari nanti...Kalau rasa kebuntuan bolehlah cuba resepi Kerabu tomato ikan bilis ni sebagai lauk sampingan.Ratah pun sodap, makan ngan nasi putih lauk ikan goreng pun sodap.Saya sekeluarga makan ngan Nasi Tomato...hurmm.enak tak terkata...Resepi pernah meletop seantero maya suatu ketika dulu..saya sndri pun dah banyak kali mencubanya..rupa2 tiada resepi dalam simpanan TMK sebab buat jaman dolu lagi time baru celik IT br kenal perkataan sign in kat myR nun...bila semak laporan..adoyai tahun 2009 lagi ngupernyer...Lama bebenor tuh...Okey jom kite semak resepi...sapa lagi tuan punya resepi ni kalau bukan cikgi Hana nunnn di Kuantan..dolu2 dok Nihon hihihii..
Rasa masam manis yg membuatkan kerabu ni sedap..Masam dari jus limau kasturi dan juga tomato, manis dari gula,pedas dari cili padi...bila makan ada lak unsur crunchy dari ikan bilis goreng dan juga gajus...hurmmm sedapnya...

RESEPI KERABU TOMATO IKAN BILIS
By : LiNa Pg
Sumber : Hana

Bahan-Bahan
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris (LiNa Pg gn 5biij tomato ceri)
  • 1/2 batang karot (potongan batang mancis)
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional (LiNa Pg gn 2 biji limau kasturi)
  • pak aji - klu suka
  • Gajus (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
Cara
  1. Satukan hirisan bawang besar, serai, garam, gula dan jus limau kasturi.Sesuaikan rasa dahulu.
  2. Kemudian masukkan bahan2 lain (kecuali ikan bilis dan gajus) Gaul sebati dah mesra barulah masukkan ikan bilis dan gajus.Siap.Sedia dihidang

Resepi Kerabu Betik Muda@Som Tam

Assalamualaikum...
Setiap kali ke pasar petang di Batu Lanchang sana, en.suami selalu belikan betik muda dan juga cendawan.Hurmm cam biasalah tu mesti nak suruh buatkan sayur bening betik campur cendawan tu.Cendawan tu rasa macam 'kulat pusu' manis2 mmg enak dibuat sayur bening.Menu cam tu mmg kurang mendapat sambutan dari anak2.Mereka cuma ambil kuah dan cendawan jer.Betik tu mesti abah la yg kena abeskan.So, saya akan gunakan sebelah betik jer untuk sayur camtu.Bila tengok yg lagi setengah tu, mula la buntu xtau nk masak apa..kalau x abeskan mesti nx wk dia akan beli dan beli lagi buah betik.Tetiba tengok my fren Maz yg tinggai nuuuuu di Bahrain menayang Som Tam..bila selongkar dapur beliau wah....dah berulang2 kali dia buat som tam ni.Terus study resepi.Bila saya gugel ramai juga rakan2 blogger yg lain dah buat som tam ni.Macam2 pesen resepinya.Tapi ikut resepi Maz,bila tgk resepi sekali imbas (sbb rasa senang kikiiiii)rupanya ada gak yg tersilap.Udang kering siap pi tumbuk sekali ngan bawang putih tu adeh...xpo la janji dah masukkan jugak ke dalam som tam ni.Apa pun som tam ni mmg sedap.Kakak Nisa siap pesan nnt abah beli betik lagi nnt kite buat camni lagi.Amboi ayat 'kita buat camni lagi' tu yg xtahan tu....'kita' tu mama sorang jer yg buat pun hihiiiiii.Ada yg berminat??Jom kite semak resepi.Mudah jer
Mudah jer buat som tam ni, sagat, hiris,tumbuk dan gaul jer.Rasa mmg mabeles..

RESEPI KERABU BETIK MUDA@SOM TAM
Sumber: Maz IlhamDapur

Bahan-Bahan 
  • 1 mangkuk betik muda yang disagat panjang  
  • 1 biji limau nipis - amik jusnya 
  • 1 biji tomato  (hiris halus)
  • 2 biji cili padi 
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  •  1/4 cawan nisan putih (gula kabung thai)-LiNa Pg guna gula putih jer
  •  Sos ikan(fish sauce)
  • Perasa (jika suka) 
  • kangkung dan kacang panjang  
  • sedikit kacang tanah yang digoreng (LiNa Pg gn gajus yg siap panggang)
  • sedikit udang kering thai (warna oren tu) 
Cara
  1. Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut. 
  2. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. 
  3. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili.
  4. Masukkan tomato (tomato ni LiNa Pg hiris dan masukkan kemudian bersama betik sagat)gesek lembut je,
  5. Masukkan kicap ikan secukupnya dan jus limau. Sesuaikan rasa, biar ada rasa manis, masin yang seimbang dan sedikit rasa masam.  
  6. Dalam mangkuk lain satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati. 
  7. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang (LiNa Pg simpan sebentar dalam peti sejuk supaya rasa masam,manis, masin mesra kemudian barulah dihidang)
 Ratah pun sedap

Kerabu Epal Hijau

Assalamualaikum...
Simple komen sangat sedap dan terlalu mudah nak sediakan. Rugi sapa tak cuba..hahaha promote baekkk punya ni.Al kisahnya, saya tercongok depan esbok xtau nak masak pe, tetiba terpandang epal hijau granny smith tergolek sebijik jer pulak tuh..nak buat jus pun tak cukup. Tetiba teringat dapur kaknor ada rcp kerabu, suma bahan mmg dah ada terus kugodek2 buat kerabu.Dah hasilnya mmg wallah..sedap sangat beb..my laling pun puji sedap.Terima kasih utk sifu nor secubitgaram atas rcpnya.Siket correction, kaknor kata rcp kak hanieliza tp sy xjumpa link.Anyway thanks utuk kedua2 pakar masak ni.
sedap sangat taw kerabu epal ni, ada yang terliuq ke? gi buat sndiri nun..rasa masam manis tuh mmg kecur air liur dibuatnya...ayat kasi ngences ni

RESEPI KERABU EPAL HIJAU by kak hanieliza

Bahan-Bahan 
  • 2 bj epal hijau (linapg gn 1biji)
  • 1/2 btg lobak merah (xboh xde stok)
  • 5 biji tomato ceri dibelah (linapg tambah)
  • 2 bj cili merah (1 biji)
  • 2 bj cili hijau (xboh)
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai (linapg tambah)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)-linapg gn jus limau kasturi
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
Bahan:
  1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi
  4. Kacau rata dan rasakan masamnya
  5. Sedia dihidangkan

Kerabu Epal Hijau Dan Tempahan Red Velvet Cake

Assalamualaikum
Dekat seminggu menyepikan diri, bukanlah kebizian sangat...tapi disebabkan masalah teknikal pada modem umah kami ni.Hurmm..intermitten la pulok huhu...Geram betul...Kejap ok kejap padam.Tanda2 nk kena ganti baru.Hari ni pas reset semua..ok pulak menyala semua lampu L.E.D, cepat2 wat n3 sebelum connection error.
N3 ringkas saja dan juga menu ulang tayang.Takpo lah janji hado kan.Ekceli Kerabu Epal Hijau ni saya buat bersama dengan Ayam Rose dan Gulai Kawah.Tapi Gulai kawah tak snap picas pun
Saya kerabu epal ni..rasa masam manis tu..sekarang asyik buat kerabu ni jer..kalau dulu suka makan acar mentah

RESEPI KERABU EPAL HIJAU 
by kak hanieliza
sumber: kaknor@secubit garam
sharing : http://linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan
  • 2 bj epal hijau (linapg gn Granny Smith)
  • 1/2 btg lobak merah 
  • 1 biji tomato (linapg tambah rcp asal tadak)
  • 2 bj cili merah (1 biji)
  • 2 bj cili hijau
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai (linapg tambah)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)-linapg gn jus limau kasturi
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
Cara:
  1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi
  4. Kacau rata dan rasakan masamnya.Sejukkan sebelum menghidang
Note:
Cara LiNa Pg buat, satukan jus lemon, garam gula, serai, cili merah dan sesuaikan rasa masam manis dan pedasnya.Barulah ditambah bahan2 lain

****************************************
Selingan sket.Tempahan Red Velvet Cake dari regular kastemer cik ani...Adoi mencabar tul nk deko kek ni sebab cream cis cair la pulok.Maybe ada kesilapan teknikal huhu..

No comments:

Post a Comment