HALAMAN

WSLT

DGT

GM

GM

pb

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

DG

MASAKAN JEPUN

Dorayaki ni bese budak² cakap kuih doremon sebab asal tgk cite doremon je msti die makan dorayaki ni kan. Asalnya inti dorayaki ni kacang merah tapi harini nak ubah cikit letak jem strawberry sbb ade banyak jem strawberry kat umah ni. Bli yg jar besar haritu..hehe bli besar terus t xyah g kedai dah..Rajin kannn..

Ceritanya tyme kt kedai ade ternampak dorayaki ni, gebu wehhh dorayaki die pas2 incik husband usya² ingredient die, de letak emulsifiers dan x ditulis plak emulsifiers ape. Kalau kt Malaysia bese ade coding kan. Kat dorayaki tu xde ckp plak so x jadi la beli. Dengan muka kecewa balik umah..hehehe then cari resepi dorayaki. Tertarik dgn 1 blog omjupun, (bese org putih kite ckp omputih, org jepun jadi omjupun) lupe da ape blog die. Nape nak cari blog dari jepun? sebab nak makan dorayaki yg macam kt kedai tu..heeeeeee 

Kat Kelantan bese beli dorayaki ni kt kdai roti primula, sedap tapi die buat bite size, yg tgk kt kedai jupun ni saiz die besar tapak tgn, tapak tgn je bukan dengan jari² tu skali.. Betol² mcm saiz yg doremon makan tu la. Klau tgk cite doremon kan bese tgk doremon pegang dorayaki tu nampak dorayaki besar dari tgn doremon yg bulat tu. Kalau Nobita yg makan, besar tapak tangan die...opsss kantoi suke tgk cite Doremon...☺

Cepat² tukar topik bagi resepi....



Bahan - Bahan :

100g Tepung Gandum
1/2sk Baking Soda
2 biji Telur
50g Gula
1sb Madu
Jem Strawberry




Cara - Cara :

1.    Pukul telur kemudian masukkan gula dan madu.

2.   Campurkan tepung dangan baking soda kemudian masukkan sedikit² kedalam telur tadi sambil kacau sebati hingga habis.

3.   Wrapkan bowl then masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

4.   Gunakan nonstick pan untuk goreng dorayaki tu. Masak dengan api yg kecil mcm buat pancake. Dorayaki ni die gebu dari pancake. Suka hati nak buat bentuk besar atau bite size.


Tgk tuuuuu....gebu kannnn


5.   Letakkan jem diantara kuih kite tadi. Buat mcm inti.ciappp..






Tadaaa...








Gebu & cekci kannnn...hehe 

yeayyyy clap².. mcm ni la rupa dorayaki yg kt kedai tu, tinggal masuk dalam plstik je...hehe overrr sampai nak masuk dlm plstik sebab nak sama dgn kedai...


Bleh makan sbil tgk cite Doremon...

Kimuchi Nabe

Assalamualaikum..

Berkobar2 hari ni yek...dok update resepi memanjang..sepatutnye bile ngadap lappy ni saya kena belajar nihonggo kat sensei2 y de kat itenet ni...masalahnye nilah...baru bukak skit..baru bape word masuk otak dah melayang2...tgn lak gatal jer bukak benda lain...camnelah mokcik ni nak pandai nihonggo gamaknye...emmm gamaknye kna masuk klas gakler..baru pandai..da ngadap sensei yg betul..xdelah nak ngelat2 lg..adoiyaiii..

Resepi ni sangat mudah...resepi jepun ni...Nabe ni kalu diikutkan adalah soup yg dimasakn dalam hot pot...dan kimuchi nabe ni ala2 tomyam ada pes yg perlu digunakan..
Kat jepun ni paste kimchi ni adalah kimchi paste yg boleh dimakan...brand yang lain kena tgk ingredientnye yer..tp kna berhati2 sbb banyak yg xboleh dimakan..tapi brand ini boleh..kalu kat malaysia xtaulah ade jual kat jusco ke idok..cube try cari..

Pes kimuchi yang boleh dimakan.

Kimuchi Nabe

Bahan2
Cendawan(macam2 jenis cendawan boleh letak)
Sayur kobis cina
Sawi
Daun Parsley
Daun kucai
Daun Bawang
(nak tambah sayur2 lain po xape)

Ikan salmon
Tiram
Udang
Daging
Pelbagai jenis fishball

Air 2 cawan penuh..
pes kimuchi 2 senduk..(kalu nak rasa lagi kaw bole tambah lagi)

Cara2 memasak


  • Susun semua bahan2 sayur dan bahan daging ke dalam hot  pot(kalu xde..dalam periuk pon xpe)
  • masukkan air(bagi y suke hirup kuah boleyla tambah air lagi yer)..dan curah pes kimuchi atas bahan2 tersebut..
  • tutup hot pot dan hidupkan atas api yg sederhana selama 15mnt..
  • Boleyla dihidang dan dimakan panas2..(sangat sedap taw...nyummm)
Selamat mencuba...

Sup Miso

Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi resepi sup miso lak....sebenonye kalu diikutkan masakan jepun bagus untuk kesihatan...apa yang saya perhatikan diorg kurang menggunakan minyak..kalu adepon sikit jek..kalu goreng ikan tu boley buang jek minyak slps menggoreng tu..kalu kita kat msia memang recyclela kann..kes nak jimat..dan kalu kat kedai jangan beranganla yek nak cari kedai yg jual minyak sampai 5kg sebotol tu....kat sini paling banyak pon 1.5kg sebotol.....rege dia boley tahanla gak mahalnye..tapi yg bagusnye minyak diorg adalah minyak bunga...lupe lak nak tgk bunga ape...nnti gi cek balik..


Sup ni simple sgt...sgt sesuai tuk mereka nak ekspress...dan juga tuk org yg tgh pantang...tapi de beberapa bahan yg kena carila yek..kalu kat msia..cube cari di jusco..xpon bebrg yg jual brgn jepun(ade ker..dengonye kat sunway piramid ade)..bahan utama adalah rempah miso..kalu kat sini kena perhatikan ingredientnya...xsemua boley dimakan sbb biasanye ada alkohol,sake atau mirin...
rempah miso yang saya gunakan
rempah miso yang saya gunakan

kicap jepun brand kikkoman

danshi 

Sup ni banyak dihidangkan di restoran2 makanan jepun...tapi kalu makan kat nihon ni kena berhati2 yer sbb slalunye dia ade letak sake atau mirin ke dalamnye..Bagi yang nak merasa kesegaran sup jepun ni boleyla tgk resepi di bawah yer..

Bahan2

3 cawan air
2 sudu besar rempah miso
1 sudu besar danshi
1 sudu kicap jepun
2 sudu wakame (rumpai laut kering)
lobak putih
tauhu lembut
(bole letak sayur lain sbg optional)

Cara2 memasaknye
  • masukkn air ke dlm periuk
  • masukkn wakame dan biarkan ia kembang sebentar
  • masukkan rempah miso dan kacau spy ia dpt larut elok dlm air
  • hidupkn api sederhana besar dan masukkan kicap dan danshi
  • masukkn lobak putih..biarkn ia empuk..baru dimasukkan tauhu lembut..
  • setelah mendidih bolehla ditutup apinye
  • sedap dimakan panas2...

Selamat mencuba....

Resepi chawanmushi ini penuh dengan kebaikan dan sesuai untuk jantung yang sihat. Kami mempersembahkan Chawanmushi dengan Crab Stick, Cendawan dan Kacang Gingko.
Resepi Chawanmushi
Sempena “Good Heart Campaign” yang dianjurkan oleh QL Eggs, kami membawa kepada anda resepi chawanmushi ini yang lazat dan baik untuk jantung anda. Dengan telur sebagai ramuan utamanya bersama dengan ramuan lain yang senang didapati, hidangan ini boleh disediakan dengan mudah dan pantas.
Chawanmushi – yang bermaksud “dikukus di dalam cawan teh’ dalam bahasa Jepun, adalah kastard telur masakan Jepun yang klasik. Alangkah enaknya bila dijamu pada malam yang sejuk.
Anda hanya memerlukan beberapa ramuan asas untuk menyediakan chawanmushi. Resepi yang tradisional biasanya menggabungkan telur, dashi (stok yang direneh dari rumpai laut dan empingan ikan bonito) dan kicap cair untuk kastard telurnya, tetapi anda boleh menggantikan dashi dengan stok ayam. Hasilnya sama sedap sahaja. Ramuan yang biasanya digunakan bersama adalah seperti kacang gingko, cendawan Shiitake, makanan laut (seperti crab stick, udang, kek ikan Jepun) dan/atau daging ayam. Anda boleh juga memasukkan ramuan lain seperti lobak atau sayuran yang lain.
Resipi Chawanmushi
ANTARA RAMUAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYEDIAKAN CHAWANMUSHI
Resepi chawanmushi kami menggunakan telur QL Omega, yang diperkayakan dengan Omega-3 (asid lemak penting yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular) dan mengandungi kolestrol sehingga 50% lebih rendah berbanding telur biasa.
Stok ayam digunakan untuk menggantikan dashi dalam resepi ini, kerana ia lebih mudah disediakan atau dibeli (anda juga boleh menggunakan kiub/serbuk/paket stok ayam). Kami tambahkan dengan kacang gingko, cendawan Shiitake kering yang direndam serta Imitation Crab Stick MUSHROOM, kerana ianya secocok dengan tekstur kastard telur yang lembut dan licin. Chawanmushi hampir sama dengan telur kukus gaya Cina, di mana air ditambahkan kepada telur sebelum dikukus, tetapi teksturnya lebih lembut berbanding dengan versi Cina.
Beberapa bahagian yang perlu diperhatikan untuk menyediakan chawanmushi ini. Pertama sekali, anda perlu memastikan telur yang digunakan adalah segar.Telur QL Omega dihasilkan dengan tahap piawai yang ketat untuk memastikan kesegaran dan kebersihannya, yang membuatkannya pilihan yang tepat untuk chawanmushi. Yang kedua, nisbah telur dengan stok, di mana nisbah yang betul adalah 1 kepada 3. Sebagai contoh, jika isi padu telur adalah 100ml, maka anda akan memerlukan lebih kurang 300ml stok. Untuk memastikan tekstur kastard telur yang licin dan lembut, langkah penapisan campuran telur dan stok melalui penapis yang halus amatlah penting. Langkah ini membantu untuk mengeluarkan ketulan telur yang tak campur sebati. Akhir sekali, chawanmushi perlu dikukus dengan api yang rendah, agar buih-buih tidak terbentuk yang akan menghasilkan kastard yang pejal atau kasar, kerana api yang tinggi akan menyebabkan kastard terlebih masak.
Chawanmushi
Campuran kastard telur ini dimasak di dalam cawan teh Jepun dengan penutup. Cawan teh ini dikukus dengan penutupnya sekali untuk mengelakkan air yang mengewap dari menitik kepada kastard. Cawan teh ini boleh didapati dari kedai serbaneka Jepun seperti Daiso atau dari pasaraya Jepun. Kalau tiada, gunalah sahaja cawan yang tahan panas, mangkuk ramekins atau mangkuk biasa. Tutupkannya dengan keranjang aluminium semasa mengukus, atau gunakan pengukus buluh (anda akan memerlukan masa yang lebih panjang kerana ia berpori) atau alaskan tuala di antara cawan/ramekins/mangkuk dan penutup pengukus untuk memerangkap air yang mengewap.
Memandangkan anda telah tahu semua rahsia dan petua untuk resepi ini, jom sediakan kastard telur yang enak dan berkhasiat ini untuk dinikmati sekeluarga!
RESEPI CHAWANMUSHI BERKHASIAT
Author / Pengarang: 
Recipe type / Jenis resepi: Pembuka
Cuisine / Masakan: Jepun
Prep time / Masa penyediaan:  
Cook time / Masa memasak:  
Total time / Jumlah masa:  
Serving for / Sajian untuk: 6
 
INGREDIENTS / BAHAN-BAHAN
  • 4 biji telur QL Omega (lebih kurang 200 ml)
  • 600 ml stok ayam yang separa hangat atau disejukkan (jangan terlampau panas, kerana ia akan memasak telur bila digaul bersama, anda boleh menggunakan kiub/serbuk stok ayam, larutkan dalam air panas dan biarkan sejuk)
  • 1 sudu teh kicap cair atau shoyu Jepun
  • Garam (secukup rasa, terpulang)
  • 4 batang Imitation Crab Stick MUSHROOM, dipotong ketulan kecil
  • 18 biji kacang gingko mentah, dibuang kulit dan dikupas selaput kulitnya
  • 6 tangkal cendawan Shiitake kering, direndam lembut, dihiris setebal 1 cm
  • 1 batang daun bawang, dipotong kecil (sebagai perhiasan)
  • Perkakas: Cawan teh Jepun yang tahan panas, atau cawan teh Cina yang tahan panas, mangkuk ramekins atau mangkuk biasa
INSTRUCTIONS / CARA-CARA
  1. Rebuskan kacang gingko mentah dalam air mendidih selama 5 – 8 minit. Ini supaya kacang gingko masak sepenuhnya semasa mengkukus nanti.
  2. Dalam mangkuk bersaiz sederhana, pukulkan telur dengan sepasang penyepit sehingga sebati. Elakkan dari menggebukan telur supaya buih tidak terbentuk bila dikukus.
  3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan stok ayam, kicap cair dan garam (jika guna). Tuangkan campuran stok ini kepada telur, gaul sebati dan tapiskan melalui penapis yang halus ke dalam jag pengukur. Tepiskan buih atas permukaan campuran yang ditapis.

    Chawan Mushi BM
  4. Bahagikan potongan Imitation Crab Stick MUSHROOM, cendawan Shiitake, dan kacang gingko ke dalam cawan teh. Tuangkan campuran telur yang ditapis ke dalam cawan dengan perlahan-lahan untuk mengelakkannya dari berbuih. Isikan cawan sehingga lebih kurang ¾ penuh.
  5. Tutupkan cawan dengan penutup (atau keranjang aluminium) dan masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan. Tutupkan penutup pengukus dan kukus atas api yang tinggi selama 2 -3 minit. Kemudian, rendahkan api kepada rendah sederhana dan teruskan mengukus selama 15 – 20 minit. Masa memasak bergantung kepada suhu mengukus. Semak kastard telur selepas 12 – 15 minit jika ia telah masak. Bila chawanmushi dah masak, kastard akan sedia pejal tetapi masih sedikit goyah. Tebuskan dengan pencungkil gigi dan ianya patut keluar dengan bersih. Jika permkaannya retak atau kelihatan kasar, ini bermakna ia telah terlampau masak.
  6. Keluarkan dari pengukus dan hidangkan dengan serta merta bersama sudu teh atau kekalkan panas dalam pengukus (matikan api) sehingga sedia dihidangkan. Taburkan dengan potongan daun bawang sebelum dihidangkan.

PETUA QL KITCHEN

  • Kacang gingko boleh didapati dari kedai ubat Cina atau kedai runcit, malah ia juga boleh didapati dari pasaraya.
  • Jika anda tidak mempunyai stok ayam yang tersedia, anda juga boleh menyediakan chawanmushi dengan menggunakan air untuk menggantikan stok, shoyu dan garam. Akan tetapi, rasanya akan kurang sedikit jika dibanding.
  • Jika anda lebih menggemari kastard telur yang lebih pejal, anda boleh mengurangkan isi pada stok ayam kepada 500 atau 550ml.
Telur QL Omega boleh didapati di pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk maklumat lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.



No comments:

Post a Comment