HALAMAN

WSLT

DGT

GM

GM

pb

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

DG

MEE

RESEPI MEE REBUS MAMAK PENANG PERASA SOTONG:
PENYEDIAAN KUAH MEE REBUS:
Bahan-Bahan untuk kuah Mee Rebus (kena buat kuahnya dulu sebelum buat Mee Rebus).
  • 100 gm sotong kering di rendam (buang air rendaman) dan bersihkan , rebus sehingga lembut isinya.  Tapis dan simpan air rebusan sotong.
  • 100gm Udang Kering halus  (RM1.00). Di rendam dan bersihkan (awas pasir dipermukaan bawah).
  • 1 kg ubi keledek yang berwarna oren ( kalau dapat, kalau tidak, ubi kentang pun boleh). Buang kulit, rebus, buang air dan lenyekan halus semasa panas.
  • Sedikit cili kering (ikut kepedasan 10 -15) digoreng garing dengan minyak. Jangan sampai hangus.
  • segenggam kacang parpu (dhal) dan digoreng garing kering (tidak kemestian cuma diguna sebagai pemekat kuah saja)
  • 4 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 10 keping biskut marrie untuk memekatkan kuah saja tetapi boleh guna tepung gandum yang telah dicairkan dengan air.
CARA BUAT KUAH:
  1. Kisar cili kering, parpu, udang kering halus dan biskut marrie sehingga halus. Panaskan periok dan masukkan hasil kisaran. Tambah air rendaman sotong yang disimpan. Tambahkan air 1liter hingga 2 liter. Masukkan ubi yang telah lenyek halus dan kacau rata sehingga sebati.
  2. Bila kuah mendidih masukkan sos cili dan sos tomato (boleh juga gunakan air asam Jawa sekiranya kedua ini tidak digunakan) . Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jaga kepekatan kuah. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah air untuk cairkan. Mulakan dengan kuah yang pekat dan cairkan sedikit demi sedikit.
  3. Sekiranya anda ingin warna kekuningan kuah anda, tambah perwarna kuning telur tetapi jangan gunakan kunyit untuk tujuan ini. Kunyit akan menyebabkan mee anda akan bertukar warna ke warna merah darah bila kuahnya dituang ke atasnya. Dengan sebab inilah kadangkala mee kari anda (mee) bertukar warna kuning kepada warna merah darah.
  4. Bila kuah telah mendidih kecilkan api dapur dan membiarkan kuahnya panas. Siap kuahnya.
BAHAN-BAHAN UNTUK PENYEDIAAN MEE REBUS MAMAK:
  • 1 kg Mee Kuning. Mee perlu celurkan ke dalam air panas mendidih selama 30 saat. Keluarkan semua mee dengan penapis dan masukkan kembali ke dalam besin yang di isi air sejuk (paip) untuk elak mee itu masak lagi dengan haba yang terperangkap dalammnya. Keluarkan mee dan toskan mee dalam penapis. Boleh tambah 1 sudu minyak masak untuk mee anda untuk tidak kelihatan pucat dan melekek. Sekiranya anda menyediakan  satu pingan demi satu pingan, mee yang direbus tidak perlu dicelurkan ke dalam air dan terus boleh hidangkan ke dalam pingan.
  • 250 gm Taugeh (RM1.00) dicelur dalam air panas , di toskan dan dimasukkan kembali dalam air sejuk. (kaedah ini untuk taugeh tidak terlalu melecur dan rasa garing tetapi telah masak). Sekiranya sediakan satu pingan tidak perlu masukan dalam air sejuk.
  • 4 biji kentang direbus kentang (selalunya rebus sekali dengan keledek untuk resepi kuahnya) sehingga agak-agak tidak terlalu masak dan lembik. Kopek kulit kentang masih berada dalam keadaan panas dan sapukan sedikit tepung selepas dikopek kulitnya, supaya jus dari ubi yang keluar diserapkan oleh tepung untuk memudahkan aslutan tepung semasa goreng melekat. Sediakan “batter” tepung untuk mengoreng (tepung +air + pewarna kuning + garam). Goreng kentang yang dicelur tepung sehingga hasil warna keemasan. Bila sejuk, potong kentang bersaiz dadu anda suka.
  • Penyediaan cucur udang boleh ikut posting lama mamak di dalam blog ini. Untuk keras sedikit cucur udang anda, boleh tambahkan sedikit kapur makan ke dalam penyediaan tepung untuk cucur rangup dan keras sedikit seperti cucur passembor.
  • Tauhu (takua) 4 keping di goreng dan dipotong dadu.
  • 7 biji telur direbus dan dipotong dua.
  • Limau kasturi atau limau nipis dibela dua atau potong sisi.
  • Daun sup dan bawang dihiris halus.
  • Bawang goreng untuk ditaburkan di atas.
  • Boleh juga tambah kacang tanah yang digoreng kering dan ditumbuk halus. Terpulang pada anda. Beli yang sedia dijual.
  • Isi sotong yang telah direbus boleh ditumis dengan serbuk cili, gula dan air perahan limau sedikit. (air limau untuk  air gula tak jadi keras bila sejuk. Rasamacam tiga rasa. dan tempatkan di atas mee rebus anda. Ini Kalau anda rajin kalau tak, letak saja isi sotong di ats mee rebus itu.
Nota: Anggaran untuk mee rebus Mamak ini ialah untuk 7-8 orang. Bahan-Bahan berlebihan dari penyediaan Mee rebus  seperti cucur udang, kuah, tauhu atau kentang goreng boleh digunakn untuk resepi-resepi mamak yang lain seperti Mee Goreng Mamak, Passembur atau pun jadikan rojak mamak. Dengan sebab ini lah kedai Mamak jual mee rebus, mee goreng mamak, passembur atau pun rojak boleh jadi kaya noo…hehehehe!. Tak ada pembaziran!. Sekarang anda tahu kenapa kuah Mamak sedap dari kuah yang mee rebus biasa?……hahaha!. seperti biasa sekiranya buat mee rebus mamak ini tak jadi bolelahh utarakan masalah ini dengan Mamak melalui email. Ia lebih baik dari komen. Kadang-kala Mamak tidak dapat menulis resepi mamak ini terlalu detail. Janji anda cuba buat dulu, kalau silap, buat lagi sehingga anda dapat cipta resepi yang amat sedap dan namakan resepi itu dengan nama anda sendiri.

Resepi Mee Goreng Basah/Berkuah Paling Mudah

Mee Goreng



hye..belog resepi kembali lagi...
ngeh ngeh ngeh..
ini mee goreng ye..bukan mee kuah..
aku ni sejenis manusia suka yang basah basah..
so terjadi lah mee goreng basah....basah kuyup ni..

nak resepi ke? 
macam biasa lahh...free jek..kutip pahala :p


Bahan-Bahan :
1.Mee kuning sebungkus (kalau makan sorang sikit cukup la)
2.Bawang Merah 4ulas (actually ikut suka..banyak nak masak..banyak la kuantiti)
3.Bawang Putih seulas
4.Cili kering (blend banyak ikut citarasa)
5.Daging or udang or Fishball or Fishcake (actually ikut suka korangz..takda pun takpa)
6.Tomato paste (brand apa pun takpa..sikit pun cukup
7.Sos cili
8.Kicap
9.Garam/Gula/Kiub Pati ayam..nak masukkan ajinamoto pun boleh
10.Sayur sawi / taugeh / buah tomato (bagi yang makan sayor la..)
11.Telur 2biji

Cara-Cara : 
1.Blend bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air..tumis didalam kuali sampai wangi

2.Masukkan cili kering yang dah di blend..nak guna cili boh pun boleh juga..kacau sampai pecah minyak..

3.Masukkan cili sos...garam dan sedikit gula...kiub pati ayam dan kicap...

4.Masukkan tomato paste...(tak ada pun xpa..tapi rasa sedap sikit kalau masukkan)

5.Masukkan air..banyakkk pun takpa macam nak buat sup..

6.Masukkan daging or apa-apa bahan yang nak dan biar mendidih..

7.Bila dah rasa okay cukup gula garam semua...pecah kan 2 biji telur kedalam kuah...kacau dan biarkan telur pecah (jangan biar berketul sebab nak likatkan kuah) 

8.Masukkan tomato yang di potong-potong (taknak xpa...)

9.Masukkan sayor...

10.Masukkan mee yang dah di basuh dan gaul semua biar sebati...

11.SIAP !! terus makan panas-panas sebab kuah yang banyakkkk tu akan hilang sekelip mata diserap oleh mee...so makan lahh terus ye :p 


Kasi close up...
sedap wehhh....bertambah semua makan!
sumpah tak tipu...

Car Buat Mee Goreng Basah

 

Bahan-bahan

@1 bungkus mee kuning

@Daging dipotong kecil

@Udang (boleh ditambah dengan sotong mengikut kesukaan)

@Fishball

@Fishcake

@Kicap manis

@1 biji buah tomato masak bersaiz besar dipotong dadu kecil (sebagai ganti kepada penggunaan sos dan rasanya lebih sedap berbanding penggunaan sos)

@1 sudu besar sos tiram

@2 biji telur

@3 ulas bawang merah (untuk tumis)

@3 ulas bawang putih (untuk tumis)

@2 sudu besar cili kisar (boleh ditambah jika suka pedas)

@Taugeh

@Kucai

@Sedikit air

@Minyak untuk tumis^^



Penyediaan Mee Goreng Basah 


1. Pertama sekali panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
 
2. Masukkan cili kisarbuah tomato yang dipotong dadu, sos tiramkicap dan air serta daging. Untuk mee basah, air perlu dilebihkan sedikit, tapi jangan terlalu banyak, nanti jadi terlalu hanyut.

3. Bila telah mendidih dan daging juga telah empuk, masukkan garam serta gula secukup rasa. Masukkan fishballdan fishcake. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan mee dan dikacau rata. Kuiskan mee ke bahagian tepi kuali supaya kuali ada ruang kosong dibahagian tengahnya. Perlahankan api, pecahkan telur pada bahagian tengah kuali yang kosong tadi. Ambil mee yang dikuiskan pada tepi kuali dan timbuskan telur dengan mee.

5. Bila telur telah mula masak, masukkan sayur kucai dan taugeh. Kacau rata-rata^-^




resepi mi goreng basah
 

Siap pun ^-----^ Mudah bukan?? Memang sangat mudah. Boleh cuba di rumah ;) Kalau nak lebih kreatif boleh hiaskan dengan lada hijau yang dihiris, lobak merah yang dipotong kecil2 serta timun. Irfan pun dah tak sabar-sabar nak menjamu ni sebelum Mee Goreng Basah ni sejuk^&^. OK Byebye semua.

No comments:

Post a Comment